•
Secara
amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah
rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala
Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara
sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet
switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan
Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan
internetworking.
INTRANET
- · Intranet merujuk kepada jaringan rangkaian tertutup yang menghubungkan komputer di dalam sesuatu organisasi, biasanya sesebuah syarikat dan hanya boleh dicapai oleh ahli-ahli organisasi tersebut, pekerja atau mana-mana pihak yang dibenarkan. Rangkaian intranet boleh juga dihubungkan ke internet dan biasanya dibatasi oleh pelayan proksi ataupun dinding api untuk mengawal keluar/masuk data. Ia tidak terbuka bagi capaian umum.
EXTRANET
- · Extranet adalah rangkaian tertutup tambahan yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain dengan selamat. Extranet boleh dilihat sebagai sebahagian daripada rangkaian tertutup syarikat yang diperluaskan kepada pengguna di luar syarikat. Ia juga telah digambarkan sebagai "keadaan minda" di mana Internet dianggap sebagai cara untuk melakukan perniagaan dengan syarikat lain serta menjual produk kepada pelanggan.



No comments:
Post a Comment