Definasi
pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan
teknologi komputer berasaskan internet (awan). Pengkomputeran awan ialah satu
kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk
di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau
peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya)
sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung
kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh
menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat
capaian internet.
KATEGORI
PENGKOMPUTERAN AWAN
Pengkomputeran
awan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:
1) Infrastruktur
sebagai sebuah Perkhidmatan (Iaas)
Iaas seperti
Amazon web service ada menyediakan perkhidmatan viral server instance (API)
untuk membolehkan capaian/konfigur virtual server dan storan masing-masing.
Pada masa ini, syarikat hanya perlu membayar apa yang mereka gunakan sahaja.
2) Pelantar
sebagai sebuah Perkhidmatan (Paas)
Paas bermaksud sebagai
satu set alat pembangunan perisian / produk yang dihoskan oleh mana mana
pembekal infrastuktur. Pembangunan perisian / aplikasi dilakukan di Internet.
Contohnya ialah GoogleApps.
3) Perisian
sebagai sebuah Perkhidmatan (Saas)
Pada peringkat
ini, pihak vendor akan membekalkan
infrastruktur perkakasan, produk perisian dan akan berinteraksi dengan pengguna
melalui Front End Portal. Pengguna bagi Saas adalah lebih ramai. Ini kerana
pembekal bagi perkhidmatan ini menjadi hos kepada aplikasi dan data, maka
pengguna bebas menggunakan perkhidmatan ini dimana mana sahaja. Perkhidmatan yang disediakan adalah sangat
banyak - Web based email, kawalan inventori, pemprosesan pangkalan data.
RANGKAIAN AWAN
RANGKAIAN AWAN AWAM
Perkhidmatan ini dijual kepada sesiapa
sahaja melalui internet. Pada masa ini, Amazon web services adalah pembekal
awan terbesar di dunia
RANGKAIAN AWAN PERSENDIRIAN
Perkhidmatan ini
merupakan satu rangkaian data pusat yang membekalkan perkhidmatan kepada
beberapa orang dalam kuantiti terhad.
RANGKAIAN AWAN HYBRID
Perkhidmatan ini
merupakan satu rangkaian data pusat yang membekalkan perkhidmatan mengikut
kesesuaian.
No comments:
Post a Comment